Monday, November 29, 2010

Gila Bola.

Gila Bola..

Ada aku kata aku nak tulis pasal world cup?
Takde kan?
haaa.. kalau gituh, baca dulu sampai abis k?

Benar Kata Pujangga,
Soccer is a Language that is understood by all across the world.

Kejadian yang membuatku senyum sendiri,

Tempat Kejadian: Stadium Curry House
Perlawanan bola yang telah mencetus pelbagai ragam emosi.
ada yg muka sengeh, ada yg muka mcm nak telan kuali roti canai mamak tuh,
ada yang muka mcm dah naik menyampah, ada yang muka bangga mcm lah dia yg score goal tuh.
ada yang muka tak heran langsung..
haaa.. ini ialah orng2 yang mcm mama.. selalu megkritik peminat bola..
kata mama, "awat laa depa nie sebijik bola dok berebut..pi la beli sorang sebijik kan senang.."
owh mama, tidak kah mama faham keindahhan bola?
nampak sah TAK! lagi mau tanya ka?

ok ok.. berbalik pada scene di mamak..
Di akhir perlawanan.. apabila ref meniup wisel dgn panjangnya..
mereka semua bangun.. bertepuk tangan..
dan menepuk bahu tanpa mengira kenal atau tidak lawan atau kawan.

aku bangga.
aku kagum.

.The Beauty of Soccer.

Thursday, November 18, 2010

Raya 0h Raya.~

Raya Haji pun kira raya la jugak kan.?
and maybe sebab raya dia last for a day jer..
Ia sgt mengelamkabut kan.. mana taknyer..
raya puasa ada sebulan nak merapu yg tah ke haper haper..
tapi Raya Haji ada sehari jer..

macam tahun-tahun sesudah..
tahun nie pun giler kalut punya prep,
lebih mengalutkan sebab takde maid..

macam-macam nak kene buat,
to make the matter worst,
entah caner ter-buat medical check-up appointment
on the petang raya,

orang amik cuti sehari sebelum raya nak balik kampung,
yang aku lak amik cuti sebab nak gi medical..
hape punya tuuurr la..~

lepas2 medical check-up terus balik umah,
kerana di sana tugas menanti..
tugas apa.?

meyapu, megemop, memasak, menyebuk, merepek, meraban..
segalanyer lah.!

kira dari pagi mmg non-stop punya dok cha-cha marba punya keje dok buat..

malamnyer laaak.. kene plak gi Mydin Mall sebab ada je la daily groceries yg dah
abis.. ditambah dgn barang2 rencah masak yg dah habis sebab masak juadah nak raya,

kat mydin mama pun apa lagi, mak aih! macam kera dapat bunga..
haaa tu dia mengelipet pi sana sini dok amik barang..
kesiaaan aku tgk.. tapi aku nak buat mcm mana..
aku boleh tolong..

tengok jer la..


tgh nak balik kat parking lot yg luas mcm dua stgh padang bola tu..
aku amik la penyapu yg mama beli tu..
aku baru ingat nak buat mcm pedang pusing2 dgn batang peyapu tu..
*ala-ala berangan mcm dlm citer shaolin*

tetiba aku perasan mama tgh pandang aku,
woooot.! kecot perot kot.~!
giler punya jelingan dia bagi kat aku..
time tu aku dah tau.. mmg aku nanti kene sedekah lah malam2 raya nie..
kak ana pun dah terdiam dari dia dok tgk2 aku tgh ready nak bershaolin..

serentak tu.. aku pun,

put on your thinking cap boys and girrrlllss.~
dlm kepala beeeeik punya ligan dok cari idea nak elak kene marah..

tiba-tiba, aku dengan selambanya...

berdiri posisi ala-ala rock star,
pegang penyapu mcm ala-ala pegang letrik guitar
dan memandangkan tak sempat nak plan lagu apa nak nyanyi..
aku tibai jer nyanyi lagu nie dekat tengah-tengah parking lot Mydin Mall,




haaaa.. amik kau rock kapak terkeluar malam-malam raya yang hening itu..

mama dari nak marah terus tersipu-sipu nak tahan gelak..
namun, dengan muka senyum ketat mama itu lah..
aku yakin bahawa aku takkan kene marah diatas aksi yang sungguh memalukan itu..

memalukan ke.? aku rasa mcm orait jer..~

Thursday, November 04, 2010

Krabi Mengugat Cintaku.

Namun cintaku tetap utuh hanya utk Tioman.
hahahah start daaah meraban yg tah pape..

tapi serious.. secantik2 alam bawah laut Krabi,
Cantik lagi yg di Tioman..
ini yg buat mcm nak pergi lagi jer ke Tioman.
Nanti la kumpul duit.. Duit dah banyak abis gi Krabi..
nak saving utk kegunaan nak ehem..ehem lagi.. *Sorry takleh citer apa ehem-ehem tu lagi sebab belum buat official announcement*

ingat nak attached photos.. tapi takyah laa
tengok je la kat Krabi Pics.. ada macam-macam pics
dari yang senonoh hingga la yg kurang senonoh. hahahah

macam-macam yang menarik kat Krabi tu tetapi
pemandangan dia mmg breath taking sungguh.!
lagi-lagi Maya Beach, alaaa yg Leonardo De Caprio shooting citer The Beach tuh. mmg locals kat situ pun mengecohkan hal tu je la pun.. so, dengan ini.. saya mengisytiharkan Beach Favourite saya buat masa ini ialaaahh...


                 ...MAYA BEACH-KRABI,THAILAND!...
dan memendangkan ini favourite beach, jadi gambar dia bley la nak insert..

Seterusnya bagi favourite Island pula..
jatuh kepada..... *Drum Rolls..*


...PHI-PHI ISLAND-KRABI,THAILAND!...


Haaa.. itu jelah nak ckp pun.. Krabi secara keseluruhan mmg cantik.. tapi klu snorkeling, TIOMAN tetap dihatiku.~

Sekian.

Cherry Berry.~

Ha Amik kau.!
Apsal amik aku.?
Sebab dah lama tak bukak blog sampai nak login pun dah lupa password. Tapi nasib baik dapat ingat gak.

Err..
Sumpah takde citer nak tulis owh.!
ermm apa kata citer pasal fenomena "CHERRY BERRY"
ya, itu dia tuan-tuan dan puan-puan..
Fenomena yg melanda diriku sejak hari Ahad yang lalu.
Takde teruk mana pun, Ahad tu je la pun muntah2 bagaikan fire hydrant meletup. Bila gi doctor pun kene bebel..
Salah makankah aku? iya! semua ini salah In Flight Asean Fried Rice with Satay.. Dengar nama pun dah buat aku mcm nak muntah.! DAMN IT!

Masa kat Krabi, elok jer.. melantak segala jenis makanan
duduk atas boat mcm orng laut yg bergelora pun elok jer..
tapi serious laa wa cakap lu.. Laut Andaman kot, Giler bergelora.. Syok la main air..
tapi klu nak compare snorkeling trip di Krabi ngan Snorkeling trip kat Tioman..
TIOMAN tetap dihatiku~ haha chewah..
eh, jap! kan dah melalut kemana-mana..
aku nak citer pasal "Cherry Berry" je sebenarnya..

Tapi ada je link dengan Krabi sebab aku makan penyebab Cherry Berry masa dlm flight nak balik dari Krabi.

haa... itu la.. Dari Sunday ke today dah yang dah Thursday..
Masih ku terasa effectnya.~

bila kah kan berakhir..?
100plus dah berbotol2..
Vitagen dah berpack-pack..
tetapi "Cherry-Berry" tetap menjadi pengunjung tegar.~



p/s: Cherry Berry  - Cirit Birit