Deras angin dingin yang menyapa,
Kaku membeku lidah tuk berkata,
Takkan otak dapat meligat,
Kalau yang jauh asyik di ingat.
Andai terus terkenang apa yang dikenang,
Rasa yang resah pasti takkan tenang,
Akal dan hati terus menghanyut jauh,
Andai kecekalan belum bersauh.
Walau sekuat mana kaki mengorak tari,
Takkan berganjak andai hati tak mahu memberi,
Walaupun payah ku tetap mahu berlari,
Aku berdoa agar lebih kuat pabila esok terbit mentari.
Feeza A. Hassan
1:30AM - 27/03/2011